Thursday, March 31, 2011

Drama Korea VS Drama Jepun VS Drama Taiwan

Assalamualaikum,,

Hari ini aku ada mood pula nak bercerita tentang drama-drama dan filem-filem yang telah dihasilkan oleh pengarah-pengarah berwibawa dari 3 negara ini(Korea,,Jepun,,Taiwan)..Siapa yang TAK PERNAH tengok drama Korea SILA angkat tangan??Anda jangan cuba nak tipu saya kerana saya tahu mana ada manusia dalam MALAYSIA ini yang tak pernah menonton drama Korea..Even ayah saya pun pernah tengok drama korea TAHU!!!Namun,,malangnya dia takdapat bezakan antara drama korea dengan cerita cina tempatan(dia kata muka semua sama jee,,mata sepet gakk)..=_="

Tapi tuan-tuan dan puan-puan,,ini bukan menjadi masalah..Yang menjadi masalah sekarang ialah ramai di antara rakan-rakan saya SANGAT gemar untuk membandingkan drama-drama tersebut dengan drama-drama negara lain..Sebelum ada pertumpahan darah yang berlaku,,saya rasa ada baiknya saya tulis PENDAPAT saya di sini..

Terus terang,,saya memang PEMINAT SETIA drama-drama yang di datangkan khas dari negara Korea..Tapi,,saya juga tak dapat menafikan bahawa saya juga meminati drama dari Jepun dan Taiwan..Setiap drama ada kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri..Sila teruskan membaca..


SENARAI DRAMA KOREA YANG SAYA SUKA :


Sassy Girl ChunHyang
You're Beautiful
Boys Over Flower

Pada pendapat aku,,sebab utama drama korea ini digemari ramai adalah kerana HERO dan HEROIN mereka selalunya TERamatlah KACAK dan CANTIK..Siapa tak suka tengok orang kacak dan cantik??Selain itu,,drama Korea ini selalunya berunsur cinta yang sememangnya digemari golongan remaja terutamanya perempuan..Cerita dia juga tak terlalu serius dan ada diselitkan unsur-unsur menggeletek(komedi)..Di samping itu,,duration atau masa yang diambil untuk satu drama korea untuk tamat takdelah lama sangat atau meleret-leret seperti drama Indonesia..(Bukan nak kutuk,,tapi hakikat).Drama Korea yang ber-genre sedih pula tersangatlah EXTREME jalan ceritanya..WAJIB sediakan baldi sebelum menonton drama tersebut..OST drama-drama Korea nie jugak,,sedap-sedap belako..Memang berlambak-lambaklah korean drama ost kat lappy aku nie..


SENARAI DRAMA JEPUN YANG SAYA SUKA :


Hanazakari no kimitachi e
Zettai Kareshi

Proposal daisakusen

Ok,,Jepun pulak..Haaa,,aku suka jugak drama Jepun nie..Memang best wa cakap lu..Memanglah kalau nak dibanding pelakon korea dengan jepun,,korea lagi hensem(Bagi aku lah)..Tapi drama Jepun memang kebanyakkannya menarik,,tak kiralah genre komedi ataupun sedih..Lawak mereka pun memang lawak SPASTIK belaka,,kalau blue-blue memang dah biasa ada dalam drama Jepun..Orang Jepun memang easy-going laa..Ditambah lagi dengan gadjet2 Jepun yang lebih canggih berbanding negara lain,,senang je diorang nak buat drama yang memerlukan CGI atau sebagainya..Lagi satu,,drama Jepun kebanyakkannya diadaptasi dari komek-komek Jepun..Aku tahu sebab aku dah baca BANYAK GILER komik(yang 200++ chapter pun ada)..Haaa,,maklumat tambahan!!!Drama Jepun juga SELALUnya ada versi SPECIAL EDITION,,edisi istimewa ini selalunya 2 episode sahaja..


SENARAI DRAMA TAIWAN YANG SAYA SUKA : 


Momo Love
Devil Beside You

Hot Shot

Drama Taiwan,,aku juga peminat fanatik drama Taiwan..Serius!!!Drama Taiwan nie,,lebih kurang drama Korea sahaja sebenarnya..Cuma drama Taiwan aku rasakan lebih menumpukan unsur-unsur romantis dalam jalan cerita...Selain itu,,jalan cerita drama Taiwan bagi aku lebih banyak konflik..Pelakon-pelakon dia pun semua CUTE-CUTE je..Pelakon lelaki Taiwan nie semua sweet je,,I like..haha..Kisah-kisah cinta dalam drama Taiwan ini selalunye sweet jee,,takde gaduh-gaduh..Lawak dia pun yang ringan-ringan je,,memang sesuai sangatlah di tonton seisi keluarga..

So,,bagi aku memang tiada soalan drama negara apa yang lebih BEST..Asalkan semua penonton rasa happy lepas tengok drama-drama ini..^_^

P/S : Kalau nak tanya lebih lanjut tentang drama-drama best untuk ditonton jangan segan-segan tanya aku..Macam expert je =_="

No comments: