Masa : Tepat pukul 12.00 tengah hari
Tarikh : 6 Mei 2011
Tempat : Di atas sofa,,depan laptop
Kejadian : Haha,,Meng'cek result upu..
Apabila jarum panjang dan pendek milik encik jam yang menempel di dinding ruang tamu rumahku bersatu dengan nombor 12,,jari jemariku yang cun melecun laju menaip nombor kad pengenalanku..Hati berdebar,,menantikan jawapan dari sang internet akan pinanganku untuk melanjutkan pengajian ke universiti..Mulutku ligat membisikkan kata-kata romantis(pulak) yang berbunyi,,"Ya Allah,,mintak2 lah aku dapat asasi sains kat UM tu..Tolong~"..TIBA2!!!Teng3..
TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:
KOD PROGRAM : E2000
NAMA PROGRAM PENGAJIAN : DIPLOMA SAINS
IPTA : UiTM - Universiti Teknologi MARA
"Ooooouuwwwhhhh,,oouuwwhhhh,,ouwwwhh!!!!Noooo,,noooo,,nooooo....Tak mungkin!!!Aku salah tengok ni,,ok tutup mata pastu kire 1,2,3!!!Hahh??Betul!!!!Diploma Sains!!!"Kata ku dengan melodi Sorry2 SuJu..
Ini kali kedua aku merasa hampa dalam tahun ini,,first result SPM..Second,,UPU..Nak nangis,,tapi tak jantanlah kalau nangis(bajet jantan je aku ni)..Aku terasa badanku melayang ditiup angin(walaupun kiniku sudah berat)...Setelah sejam berlalu baru aku OK..Emm,,redha jelah dapat UiTM pun..Lambat 2 tahun je dari kawan-kawan aku yang ambil foundation atau matrik..Relax Amal,,you can do it!!!Cayyok!!!Setelah itu aku berjoget dengan girangnya bagaikan orang gila sambil mendengar lagu Shinee-Hello
**********************
Masa : Dalam pukul 10.30 pagi.
Tarikh : 7 Mei 2011
Tempat : Di atas lantai,,menghadap latop
Kejadian : Meng'cek UiTM mana yang bakal aku ditempatkan..
Aku yang ketika itu sedang menikmati Karipop di IM oleh ex-roommate ku,,Nur Syamimi Idris..Beliau bertanyakan tentang UiTM mana aku ditempatkan,,sambil menggaruk kepalaku yang licin tanpa kelimumur aku menaip "tak tahu lagilah mimi,,mimi dah cek ke??nak cek kat mane,,URL dia??"..
Dipendekkan cerita,,aku dapat UiTM Kuala Pilah(Betung)..Fakulti Sains Gunaan,,daftar 21 Mei 2011..Dalam otak aku fikir,,21 Mei..Selamat tinggal lappy ku sayang..I will always love u,,mesti rindu nanti..Jangan menggatal dengan adik I tau..Mentang2 U tinggal berdua je dengan adik I tuu..Kalau I tau,,siap U nanti!!!!...Haha
Sains Gunaan,,terus terang aku tak tahu apa itu sains gunaan..Bila aku tanya encik google,,berbagai-bagai tohmahan yang telah mereka beri kepada puan Sains Gunaan ni..Khabarnya,,sains gunaan kalau belajar tak laku masa cari kerja nanti..Lepas diploma,,sains gunaan susah nak sambung degree medic..Aku susah hati bila baca..Emm,,tapi ada juga komen2 yang membina..Setelah berbincang secara lebih mendalam dengan Lembaga Kekeluargaan Encik Jamian,,aku dah decide nak pergi je UiTM tu..Harap2 aku boleh berjaya di sana..Amminn..
So,,aku search laa macam mana persekitaran UiTM Kuala Pilah ni :
Lawa sikit dari signboard MRSM Muar,,haha
![]() |
| Ni Pintu masuk..Nampak tu gate dia.. |
| Food Court,,dua tingkat beb..haha |
![]() |
| Perpustakaan |
Tu jelah,,aku harap senior2 kat sini baik2..Takde buli2..Emm,,lecturer pun harap baik jugak tanak garang2..Hehe..Doakan aku berjaya ye kawan2..Aku pun doakan korang berjaya tak kira korang pergi matrik ke buat foundation ke diploma ke atau form 6..Sama-samalah kita berjaya ye..Korang jangan lupakan aku ea..Sobb,,sobb...












4 comments:
wakakakaka! aku suka baca blog kau. Penuh dengan ayat2 menarik.haha
Gambar kat atas tu ada yg belum siap pon kau tibai..haha
Ayat menarik??Aku ni romantik orangnye..haha
Yang mane yang blom siap??Mata aku tak dapat nak scan belah mana gambar yang blom siap..
haha
hehe best tak dk pilah ?
melly,,best3
view pilah mmg cun giler,,klw nak amek gambar takyah nak photoshop,,mmg dah tersedia lawanya,,haha
duk pilah jugak ke??
Post a Comment